MAIS ambil tindakan salah guna logo - Utusan Malaysia

MAIS ambil tindakan salah guna logo

MAIS Logo
AHMAD SHAHIR MAKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi atau individu yang menggunakan logo jabatan itu untuk memalsukan dokumen dan mengelirukan orang ramai.

Amaran itu susulan aduan sebuah syarikat swasta yang menerima pesanan pembelian dan invois menggunakan surat rasmi berlogo MAIS bagi mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.  

Setiausahanya, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, semakan lanjut pihaknya mendapati kedua-dua dokumen itu didapati palsu. 

“Kita tidak terlibat dengan projek pembekalan bakul makanan dan tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen bagi projek berkaitan. 

“MAIS amat kesal dan memandang serius perkara itu dan akan melaporkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan tegas boleh diambil ke atas pihak yang melakukan jenayah pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan. 

Tambah Ahmad Shahir, perbuatan seumpama itu menjejaskan imej MAIS dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam terutama di Selangor.  

“Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan penipuan oleh mana-mana pihak yang menggunakan nama MAIS untuk mendapatkan sumbangan atau perkara lain.  

“Mereka boleh mendapatkan pengesahan lanjut menerusi talian 03-55153400 atau e-mel ke [email protected],” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.