Lelaki didakwa kurung dan rogol remaja diberkas

Lelaki didakwa kurung dan rogol remaja diberkas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lelaki yang disyaki mengurung dan merogol seorang remaja perempuan yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial dalam kejadian pada Sabtu lalu diberkas polis empat hari kemudian.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dalam satu operasi berkaitan dadah di Taman Intan, di sini kira-kira pukul 5 petang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek sebelum itu ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan membabitkan kes dadah.

“Selepas meneliti laporan polis yang dibuat remaja perempuan yang mendakwa dia dikurung dan dirogol suspek, pihak kita mendapati lelaki yang sudah ditahan akibat kes dadah itu dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

“Oleh itu, dia kini disambung reman bermula semalam sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pula,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kata Zaidy, pihaknya kini dalam proses menjejaki rakan suspek untuk membantu siasatan di bawah seksyen sama.

Terdahulu, gara-gara terpedaya dengan tawaran kerja diberikan lelaki yang baru dikenali dua bulan lalu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa nafsu buas suspek yang mengurungnya selama dua hari dalam bilik sebuah rumah di Bedong, di sini.

Mangsa yang tinggal di Kampung Kuala Begia, Sik diambil suspek di rumahnya untuk dibawa melihat sebuah kedai runcit milik kawan suspek di Gurun yang kononnya memerlukan pekerja.

Remaja itu mengikuti lelaki terbabit sambil membawa adik perempuannya yang berusia enam tahun sebelum kedua-dua mereka dibawa ke rumah berkenaan dan dikurung tanpa diberikan makan dan minum selama satu hari.

Mangsa membuat laporan polis pada pukul 6 petang, kelmarin sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Setakat ini, polis mengesahkan adik mangsa tidak diapa-apakan kecuali berada dalam keadaan lemah akibat tidak menjamah sebarang makanan ketika dikurung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.