Penceramah bebas, Fathi Na’im lepas bebas tuduhan rogol

Penceramah bebas, Fathi Na’im lepas bebas tuduhan rogol

MUHAMMAD Fathi Na'im Mazlam hadir untuk mendengar keputusan kes di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel, lima tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian tanpa memanggil tertuduh yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Fathi Naim untuk membela diri atas pertuduhan tersebut selepas mendapati keterangan mangsa yang juga saksi pendakwaan ketiga (SP3) tidak boleh dipercayai.

“Setelah mendengar, meneliti dan mempertimbangkan keterangan daripada saksi-saksi pihak pendakwaan dan hujahan lisan dan bertulis pihak-pihak serta kes-kes autoriti yang dikemukakan, mahkamah mendapati keterangan penjelasan SP3 semasa prosiding impeachment (mencabar kreadibiliti saksi) oleh pihak pembelaan tidak boleh dipercayai.

“Dengan itu, pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan prima facie terhadap pertuduhan.
Oleh demikian, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini,” kata hakim itu.

Pada 18 September 2025, Muhammad Fathi Na’im dihukum penjara 15 tahun dan sebat tiga kali oleh Mahkamah Sesyen. Klang atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama di Kuala Selangor.

Tertuduh berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sekitar awal tahun lalu. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN