Program libat penceramah bebas dihentikan serta-merta – Fadhlina

Program libat penceramah bebas dihentikan serta-merta – Fadhlina

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua program melibatkan penceramah bebas yang dikaitkan dengan perbuatan tidak wajar seperti tular dalam media sosial dihentikan serta-merta.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memberi ruang kepada siasatan penuh dilaksanakan.

Katanya, dakwaan yang di­bangkitkan adalah serius kera­na me­libatkan keselamatan dan perlindungan murid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan kepada pihak polis.

“Laporan kepada pihak ber­kuasa sangat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya,” katanya semalam.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan perlakuan tidak wajar melibatkan seorang penceramah bebas yang sering mengadakan program di sekolah.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, seorang mencetuskan perhatian selepas beberapa pengguna berkongsi dakwaan berkaitan individu berkenaan.

Antara dakwaan yang di­kongsikan termasuk cubaan mendekati pelajar sekolah dan panggilan berunsur seksual. Namun, dakwaan tersebut belum dapat disahkan termasuk daripada pihak berkuasa.

Dalam pada itu Fadhlina berkata, keselamatan murid mesti dipandang serius dan di­teliti dan tidak boleh dikompromi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×