Kerajaan Pahang cari jalan kekal harga PR1MA RM150,000 

Kerajaan Pahang cari jalan kekal harga PR1MA RM150,000 

JOHARI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan negeri sedang mencari mekanisme untuk mengekalkan harga RM150,000 Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang walaupun berdepan kos kenaikan bahan binaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun berkata, pelan komprehensif jangka panjang dirangka dan dijangka siap bulan depan sebagai dasar perumahan negeri yang lebih jelas kepada rakyat.

“Sejak memegang portfolio perumahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15) lalu, saya melihat keperluan satu pelan tindakan komprehensif supaya projek PRIMA Pahang dapat memenuhi keperluan rumah kediaman rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya di sini semalam. 

Johari berkata, beliau sudah mendengar taklimat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang bagi mendapat maklumat terkini dan prospek PRIMA Pahang dalam penyediaan rumah kediaman selesa kepada rakyat yang memerlukan.

“Dalam taklimat itu, PR1MA Pahang antara yang ditekankan dan perlu diteliti semula termasuk berkaitan harga rumah yang tidak dinaikkan sejak 2010.

“Kita akan buat kajian semula keseluruhan potensi kerana rata-rata pemaju nyatakan bahawa harga untuk nilai sekarang RM150 000 tidak relevan dengan kenaikan kos bahan binaan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyarankan supaya harga asal itu dikekalkan bagi mengelakkan rakyat terbeban dengan peningkatan kos hidup.

Menurutnya, harga RM150,000 ketika ini adalah kos pembinaan di atas tanah kerajaan tanpa membeli tanah yang mempengaruhi harga rumah. 

“Bagi tujuan mengekalkan harga itu, kita boleh buat cara lain seperti mengubah sedikit reka bentuk atau mengecilkan keluasan rumah tanpa menjejaskan keselesaan kediaman.

“Pelan jangka panjang itu juga akan dibuat termasuk jumlah rumah yang akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan projek perumahan terbengkalai,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya