Kanak-kanak maut, seorang lagi masih hilang hanyut dalam longkang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut, seorang lagi masih hilang hanyut dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala seorang lagi hilang selepas tergelincir sebelum dihanyutkan dalam sebuah longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.44 petang itu, panggilan kecemasan berhubung kejadian dilaporkan sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sebanyak sembilan anggota berserta dua jentera ke lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya anggota di lokasi mendapati dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia lapan dan 10 tahun telah hanyut dalam sebuah longkang berkedalaman empat kaki.

“Dipercayai kedua-duanya ketika itu sedang bermain air di longkang, kemungkinan telah tergelincir semasa hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kerja-kerja mencari dan menyelamat setakat pukul 6.30 petang menemukan mangsa pertama.

“Kanak-kanak berkenaan Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 10, ditemukan kira-kira 200 meter daripada jarak dari lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 8, masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya