JBPM bersedia hantar lagi pasukan, aset ke Turkiye

JBPM bersedia hantar lagi pasukan, aset ke Turkiye

M. Noor Azman Taib memaikaikan tanda pangkat kepada Abdul Wahab Mat Yassin sebagai Ketua Pengarah JBPM di ibu Ibu Pejabat JPBM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memang bersiap siaga menghantar pasukan baharu untuk misi bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, bagaimanapun setakat ini, belum ada permintaan ekstra daripada pihak sana namun secara umum, pihak JBPM bersiap siaga demi memastikan lagi kelancaran misi pasukan Malaysia.

Beliau berkata, setakat semalam JBPM telah berjaya membantu menyelamatkan mangsa yang masih hidup seramai lima orang daripada runtuhan di sana.

“Walau bagaimanapun, sejumlah 34 mangsa lagi telah pun disahkan meninggal dunia dan maklumat perkembangan misi itu sentiasa dikemas kini pada setiap malam,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas Majlis Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat serta penyerahan nota tugas kepada dua timbalan ketua pengarah baharunya di ibu pejabat JBPM di sini hari ini.

Enam anggota dari agensi berkenaan menyertai pasukan pertama dihantar ke Turkiye pada lewat 6 Februari lalu setelah gempa dahsyat meletus di negara itu awal pagi tarikh itu, manakala seramai 30 anggota lagi dan dua ekor anjing pengesan kemudian berlepas dua hari selepas itu dengan mereka diagihkan kepada dua pasukan iaitu Malaysia 01 dan 10.

Menyentuh isu lawatan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan terjejas di Turkiye, beliau berkata, pasukan Malaysia dijangka memberikan taklimat terkini termasuk sekiranya ada keperluan seperti pertambahan aset  dan pemimpin negara itu tentunya akan dimaklumkan untuk tindakan susulan oleh pelbagai agensi.

Bahkan, Abdul Wahab dalam nada optimis percaya, kehadiran Anwar yang bakal bertemu Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka membawa perkembangan positif bagi Malaysia yang turut meliputi penggantian pasukan baharu JBPM yang sememangnya sudah pun bersedia disusun dan diatur gerak pada bila-bila masa sahaja pergi ke luar negara.

Ditanya mengenai visi dirinya setelah dilantik daripada penyandang sebelumnya, Datuk Seri Mohamad Hamdan Wahid, beliau yakin mampu meneruskan agenda digariskan JBPM, antaranya isu kebajikan anggota seperti kadar elaun dan perumahan selain berazam mahu kerap turun padang menyantuni setiap peringkat pasukan tersebut di seluruh negara.

“Pada masa sama, saya mahu menjadikan kawasan balai bomba sebagai lebih mesra masyarakat dengan boleh dilakukan pelbagai aktiviti komuniti di premis ini,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya