Guna fasiliti kesihatan berhampiran kes bukan kecemasan

Guna fasiliti kesihatan berhampiran kes bukan kecemasan

HOSPITAL Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hospital Cyberjaya memohon kerjasama orang ramai agar mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada fasiliti berhampiran untuk rawatan kes biasa dan bukan kecemasan bagi membantu mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, keutamaan diberikan kepada kes kecemasan dan kritikal di hospital berkenaan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ingin merujuk kepada ciapan Twitter bertarikh 10 Februari lalu yang tular berkaitan isu penolakan pesakit di Hospital Cyberjaya.

“Untuk makluman, Hospital Cyberjaya mula beroperasi pada 11 November tahun lalu secara berperingkat bermula dengan perkhidmatan kecemasan, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik dan Perubatan Am.

“Sehingga kini, Hospital Cyberjaya beroperasi dengan tambahan beberapa perkhidmatan lain seperti Pembedahan Am, Patologi, Radiologi, dan Anestesiologi. Jabatan Farmasi juga membekalkan ubat-ubatan mengikut perkhidmatan yang disediakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, sebarang usaha ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di hospital berkenaan sentiasa dialu-alukan dan akan dipertimbangkan sewajarnya.

Tambah beliau, orang ramai digalakkan untuk mengemukakan sebarang maklumbalas atau cadangan melalui Unit Perhubungan Awam Hospital Cyberjaya di emel [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya