Empat tokan dadah antara 42 individu ditahan polis

Empat tokan dadah antara 42 individu ditahan polis

ISU penagih dadah terus menghantui Malaysia apabila jumlah yang terlibat terus bertambah setiap tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kegiatan licik empat tokan dadah yang menjadikan hutan bakau di sepanjang Sungai Merbok, di sini sebagai lokasi mengedar bahan terlarang itu tidak bertahan lama apabila mereka antara dicekup polis dalam operasi khas selama dua hari yang berakhir semalam.

Op Tapis Bersepadu yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan Balai Polis Merbok itu turut menahan 38 individu lain yang melakukan pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah.

Kesemua yang ditahan merupakan lelaki penduduk tempatan dan berumur antara 20-an hingga 50-an.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, serbuan dibuat bermula Isnin lalu hasil risikan pihaknya selepas mendapati beberapa lokasi di Merbok itu menjadi lokasi penagihan dan pengedaran dadah.

“Modus operandi tokan di kawasan itu adalah mereka akan berlegar-legar di sepanjang laluan berdekatan hutan bakau sebelum dihampiri pembeli.

“Selepas itu penagih terbabit akan memasuki kawasan paya bakau di situ untuk melepaskan gian mereka. Proses jual beli itu didapati berlaku tanpa mengira masa,” katanya.

Anuar berkata, pihaknya juga berjaya merampas sebanyak 149.78 gram dadah jenis heroin dan 2.05 gram dadah jenis syabu yang keseluruhannya bernilai RM5,450.

“Turut ditahan ialah seorang suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes curi motosikal yang dilaporkan hilang di Kubang Pasu, Januari lalu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 39(a)(1); Seksyen 12((2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.