Bedah siasat mayat komando lemas hari ini - Utusan Malaysia

Bedah siasat mayat komando lemas hari ini

EDRIN Baintim (tengah) bersama ibu dan bapanya di Tongod, Sandakan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Proses bedah siasat terhadap mayat seorang anggota Tentera Darat yang ditemukan lemas dekat Tanjong Sepat di sini semalam dijalankan di Hospital Banting, hari ini untuk mengenal pasti punca kematian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ SallehSuperintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, mayat Lans Koperal, Edrin Baintim dibawa ke hospital tersebut selepas ditemukan tersangkut dekat kawasan paya bakau Batu 8 Kampung Batu LautBatu 8 Kampung Batu Laut oleh orang awam.

Menurutnya, kira-kira pukul 10.30 pagi, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan satu mayat lelaki berpakaian lengkap scuba berwarna hitam dan kelengkapan scuba tersangkut di kawasan paya bakau.

“Pemeriksaan lanjut dapati mayat tersebut dipercayai anggota tentera yang bertugas di Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing Johor dan sedang menjalani kursus juruselam di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Kem Sungai Udang Melaka selama enam minggu bermula 3 Januari lalu. 

“Simati hilang dipercayai terlepas dari tali ikatan tangan semasa menjalani latihan akhir di Perairan Pulau Undan pada 7 Februari kira-kira pukul 11.45 pagi. Ekoran daripada kejadian tersebut satu laporan polis dibuat oleh pegawai tentera terlibat pada hari sama. Pengecaman mayat dicamkan oleh abang kandungnya,” katanya malam tadi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan penemuan mayat Edrin, 25, selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama 12 hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) gagal menemukan sebarang petunjuk.

Sementara itu, abang kandungnya, Andy, 26, dilaporkan memberitahu dimaklumkan penemuan mayat tersebut dan mengesahkan sebagai adiknya sebelum disampaikan kepada ahli keluarganya yang lain di Kampung Maliau, Tongod, Sabah.

“Berdasarkan gambar diterima, baju yang dipakai sebelum menyelam dan dijumpai sekarang (mayat), memang adik saya.

“Walaupun kami sedih sebab adik (Edrin) sudah tiada, namun bersyukur jasadnya berjaya ditemui hari ini. Kami menzahirkan penghargaan kepada mereka yang berdoa dan membantu sepanjang operasi mencari dan menyelamat tersebut,” ujarnya.

Andy yang merupakan pekerja swasta itu memberitahu, pihak tentera akan membantu segala proses termasuk penghantaran yang dijadualkan seawal-awalnya pada hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.