Tian Chua dinasihat rayu ikut saluran - Utusan Malaysia

Tian Chua dinasihat rayu ikut saluran

TIAN CHUA
TIAN CHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (Tian Chua) dinasihatkan supaya membuat rayuan melalui Lembaga Rayuan parti dalam masa 14 hari untuk beliau kembali bersama PKR selepas dipecat sebelum ini.

Ini kerana, cubaan berhubung terus dengan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyebabkan tanggapan negatif daripada bekas anggota lain yang dipecat.

Menurut, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, proses rayuan diuruskan oleh Lembaga Rayuan yang menelitinya sebelum dibentang kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk diputuskan sama ada diterima atau sebaliknya.

“Memang semua yang dipecat boleh merayu dalam masa 14 hari. Mengikut perlembagaan kita, semua yang dipecat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan, ada tiga orang anggota MPP yang dipilih.

“Tetapi, kalau dia tak merayu, kemudian dia merayu terus kepada presiden, nanti dia (presiden) menjadi serba salah dan sukar kepada lain yang kena pecat juga. Jadi, kita bagi isyarat tak baik kepada anggota lain, ada double standard,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR bersama empat lagi anggota parti dipecat pada 7 Januari lalu selepas bertanding pada PRU15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 tanpa persetujuan parti. 

Empat yang dipecat ialah Puah Chee Haur daripada cabang PKR Parit Buntar, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali (Gopeng), M Mohganan (Taiping), serta Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).

Bagaimanapun, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memberitahu, terpulang kepada Tian Chua sekiranya beliau mahu merayu untuk kembali bersama PKR dan mengingatkan kepimpinan harus berlaku adil kepada semua anggota parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya