ACL2: Kuching City Benam PhnomPenh Crown 3-0

ACL2: Kuching City Benam Phnom Penh Crown 3-0

KUCHING City FC meraikan kemenangan ke atas kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC pada aksi kelima Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, malam ini. - IHSAN KUCHING CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kuching City FC mencatat kemenangan meyakinkan apabila menundukkan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC 3-0 pada aksi kelima Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, malam ini.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu membuka jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-31, sekali gus membawa kelebihan 1-0 ke bilik persalinan.

Pasukan pelawat meningkatkan asakan pada babak kedua untuk mencari gol penyamaan, namun benteng pertahanan tuan rumah
berjaya mengekang ancaman pasukan pelawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad ‘The Cats’ kemudian menggandakan kelebihan menerusi Jerome Mpacko Etame pada minit ke-74 sebelum Dylan Halls
melengkapkan kemenangan 3-0 dengan jaringan pada minit ke-90.

Keputusan itu menyaksikan Kuching City berada di posisi kedua kumpulan dengan mengumpul tujuh mata selepas lima
perlawanan, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam persaingan untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Meskipun tewas, Phnom Penh Crown kekal di kedudukan teratas dengan sembilan mata, manakala kelab Korea Selatan Gangwon
FC ketiga dengan tujuh mata dan Kitchee SC dari Hong Kong tercorot dengan lima mata.

Kuching City akan bertandang ke Hong Kong untuk bertemu Kitchee SC pada aksi terakhir Kumpulan H 3 Dis ini.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16 terbaik ACL2. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini