The Pocket Rocketman berpeluang pertahankan gelaran Olahrag

The Pocket Rocketman berpeluang pertahankan gelaran Olahragawan Kebangsaan

AZIZULHASNI Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang berpeluang untuk mempertahankan gelaran Olahragawan Kebangsaan apabila berada dalam senarai pendek calon atlet lelaki di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.

Mohd. Azizulhasni yang terkenal gelaran The Pocket Rocketman akan bersaing dengan empat lagi calon lain termasuk Aaron Chia-Soh Woi Yik (badminton), Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd Razali, menerima 49 pencalonan untuk 11 kategori daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Bahagian Atlet dan Paralimpik MSN serta Urusetia ASN 2021.

“Calon-calon yang yang disenarai pendek adalah berdasarkan pencapaian cemerlang atlet negara di pentas antarabangsa sepanjang tahun 2021.

“Bagi calon Olahragawati Kebangsaan pula lima atlet tersenarai iaitu, Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Datuk Pandelela Rinong (terjun), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) dan Nur Amisha Azrilrizal (Muaythai).

“Bagi kategori Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin mengetuai pencalonan diikuti Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga), Cheah Liek Hou (para badminton), Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).

“Kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pula menyaksikan tiga pencalonan diterima iaitu Siti Noor Iasah Mohammad Ariffin (para olahraga), Nur Azlia Syafinaz Zais (para berbasikal) dan Brenda Anellia Larry (para renang),” kata MSN dalam kenyataannya.

Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, masing-masing akan menerima sebuah piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000.

ASN turut menawarkan tujuh anugerah lain iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

ASN yang diperkenalkan sejak 1966, adalah satu pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.

ASN 2021 akan diadakan pada 31 Januari 2023 (Selasa) di Dewan Banquet Majlis Sukan Negara dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya