Op Limau : 120 individu ditahan leka berjudi

Op Limau : 120 individu ditahan leka berjudi

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 120 individu ditahan selepas disyaki terbabit judi haram di seluruh negara dengan rampasan wang tunai berjumlah RM92,48 dalam Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.

Penahanan itu dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah dalam operasi yang dijalankan antara 15 hingga 19 Januari lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 20 serbuan dilaksanakan dan 120 individu terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita ditahan, manakala wang tunai berjumlah RM92,481 dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 7 (2) akta sama.

“Op Limau berlangsung selama 15 hari bermula 15 hingga 29 Januari depan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, tujuan utama operasi ini adalah bagi membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka dalam bangunan serta judi tempat terbuka yang tertakluk dalam jadual pertama dan kedua mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perjudian boleh salurkan maklumat melalui hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.