Serpihan peluru berpandu jatuh di Mekah selepas dipintas - Utusan Malaysia

Serpihan peluru berpandu jatuh di Mekah selepas dipintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dimusnahkan ketika berada di ruang udara Mekah terjatuh di sebuah kampung, Sabouha, menurut Pertahanan Awam Arab Saudi awal pagi Khamis.

Sebelum itu, dua dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi berjaya dipintas dan dimusnahkan di wilayah Mekah serta kawasan selatan Arab Saudi, menurut Gabungan Memulihkan Legitimasi di Yemen pada Rabu.

Jurucakap gabungan itu, Mejar Jeneral Turki Al-Maliki dalam kenyataan berasingan berkata, tiga peluru berpandu kruis yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah wilayah Riyadh turut berjaya dimusnahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemudian pada malam itu, gabungan berkenaan mengumumkan sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan dua lagi peluru berpandu balistik Houthi di wilayah barat Arab Saudi.

Ini bukan kali pertama kumpulan Houthi yang disokong Iran menyasarkan wilayah Mekah, lokasi terletaknya tempat paling suci dalam Islam.

Bulan lalu, Arab Saudi mengecam kumpulan itu susulan pelancaran sebuah dron ke arah kota suci berkenaan.

Houthi terus melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke arah Arab Saudi sebagai sebahagian daripada konflik lebih luas di rantau itu, membabitkan AS dan Israel di satu pihak, serta Iran yang merupakan penyokong utama kumpulan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini