Lelaki pukul isteri guna topi keledar diberkas polis

Lelaki pukul isteri dengan topi keledar diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang memukul isterinya menggunakan topi keledar di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sini Khamis lalu diberkas polis, semalam.

Suspek berusia berusia 35 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan pada pukul 2.30 petang dalam satu serbuan di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hasil sariangan ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek juga positif dadah jenis methaphetamine.

Menurutnya, penahanan suspek turut membawa kepada rampasan topi keledar berwarna merah yang digunakan oleh suspek untuk memukul isterinya.

“Suspek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya berusia 35 tahun bekerja sebagai pembantu kedai.

“Dalam masa sama, suspek turut menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Februari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/18 Akta  Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita dimarahi, ditampar dan dipukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di tepi jalan di media sosial Facebook dan TikTok sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan seorang lelaki tidak dapat mengawal kemarahan apabila menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya