Konsep Madani seiring tujuh teras KPM

Konsep Madani seiring tujuh teras KPM

FADHLINA Sidek bersama Menteri Komunikasi, dan Digital, Fahmi Fadzil menujukkan buku Madani pada Majlis Amanat PM Membangun Malaysia Madani di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Konsep Madani yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat sudah memenuhi dan melengkapi tujuh teras Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, terjemahan maksud Madani itu sendiri sudah seiring dengan aspirasi dilaksanakan kementeriannya ketika ini.

“Saya berkesempatan membaca naskhah Madani lebih awal dan dalam setiap maksud Madani itu sudah ada segmen pendidikan.

“Sebenarnya rangka Madani sudah lengkap dan kita akan melengkapi ia bersama dalam gerak kerja di KPM,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di sini, hari ini.

Terdahulu, pada majlis sama, KPM turut memperkenalkan barisan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk sesi 2023-2025 dengan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi.

Amin akan dibantu Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin sebagai Timbalan Pengerusi.

MPPK turut dianggotai Prof. Dr. Omar Yaakob, Datuk Dr. Mehander Singh Nahar Singh, Prof. Datuk Dr. Inayah Ya’akub, Mohd. Abd. Aziz Mahmud, Aminuddin Awang, Rusilawati Mohd. Salleh dan Chee Poh Kiem.

Fadhlina berkata, isu bebanan guru antara menjadi tumpuan utama MPPK untuk diperhalusi sebelum cadangan penyelesaian terbaik dikemukakan.

“MPPK bagi sesi 2023-2025 akan dipengerusikan Amin yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dengan dibantu gabungan mantap lapan anggota lain.

“Mereka diyakini dapat memikul amanah membantu KPM mengemudi sektor pendidikan negara dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pengdemokrasian pendidikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya