Kenderaan polis diparkir di tempat motosikal disaman

Kenderaan polis diparkir di tempat motosikal disaman

SUFFIAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kereta milik pasukan yang tular kerana diletakkan di kawasan parkir motosikal baru-baru ini telah dikenakan tindakan saman.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, kereta berkenaan merupakan milik Polis Kontinjen Johor yang sedang menjalankan urusan rasmi di lokasi terbabit.

“Polis Hulu Selangor terkesan satu hantaran di Facebook memaparkan kenderaan dipercayai milik PDRM diletakkan menyalahi peraturan lalu lintas iaitu di dalam kotak parkir motosikal.

“Hasil semakan mendapati, kenderaan terlibat merupakan kenderaan milik PDRM Kontinjen Johor yang datang ke Kuala Khubu Bharu atas penugasan rasmi,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Tambahnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Selangor telah mengeluarkan saman trafik terhadap kenderaan tersebut. 

Ujar beliau, saman dikeluarkan di bawah Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59 kerana membuat halangan lalu lintas.

“Pihak polis tidak berkompromi ke atas kesalahan yang dilakukan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas mana-mana pelanggaran yang berlaku,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya