JPN Sabah diarah kendali isu gaduh murid sekolah

JPN Sabah diarah kendali isu gaduh murid sekolah

FADHLINA Sidek pada majlis Amanat KPM 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah diarahkan untuk mengendalikan sepenuhnya isu gaduh sekumpulan pelajar di Sekolah Menengah SM La Salle, Kota Kinabalu yang videonya tular di media sosial sejak semalam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, JPN negeri itu akan menyiasat lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan insiden berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu sebagai satu usaha pihaknya untuk memperkasakan jabatan pendidikan negeri bagi mengurus tadbir dan memimpin setiap isu.

“Kita tidak mahu isu bersifat domestik disensasikan di peringkat nasional dan tiada keperluan untuk itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya memegang teguh bahawa kanak-kanak perlu dilindungi, malah pendedahan identiti sekolah juga memberi kesan panjang kepada sekolah berkenaan.

Terbaharu, tular sebuah video perkongsian di Twitter yang memperlihatkan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah SM La Salle, Kota Kinabalu yang tanpa rasa bersalah memukul seorang pelajar bergilir-gilir.

Sementara itu, Fadhlina dalam ucapannya berkata, beliau mahu orang awam supaya tidak berkongsi sebarang bentuk video atau hebahan mengenai kanak-kanak di media sosial terutama murid sekolah.

Menurutnya, video tular mengenai kanak-kanak tidak boleh ditularkan, sebaliknya dilindungi bagi membantu membentuk ekosistem sihat dan selamat.

“Langkah itu penting untuk kaedah intervensi dan disiplin supaya tiada gangguan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya