Dani Alves dipenjara kerana lakukan serangan seksual

Dani Alves dipenjara kerana lakukan serangan seksual

DANI Alves
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Mahkamah di Sepanyol hari ini memerintahkan pertahanan Brazil, Dani Alves ditahan tanpa jaminan selepas ditangkap di Barcelona kerana dakwaan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Menurut mahkamah dalam satu kenyataan, hakim di Barcelona mengambil tindakan berkenaan selepas menyoal pemain berusia 39 tahun itu bersabit kejadian berlaku di sebuah kelab malam.

Menurut sumber, hakim mengambil tindakan itu seperti yang dipohon pendakwa raya kerana mahkamah mengambil kira ada risiko Alves akan cuba melarikan diri.

Terdahulu, kelabnya di Mexico, Pumas, mengumumkan Alves dipecat daripada kelab terbabit.

Alves, seorang daripada pemain paling berjaya dalam bola sepak, ditahan awal pagi ini selepas dipanggil ke balai polis di Barcelona dan dihantar untuk berdepan hakim.

Polis Catalonia berkata mereka menerima laporan pada 2 Januari lalu daripada seorang wanita yang mendakwa Alves melakukan serangan seksual.

Dakwaan serangan seksual di Sepanyol membabitkan apa-apa sahaja daripada meraba-raba berbentuk seksual yang tidak diingini hinggalah merogol.

Ketika ini polis enggan memberi keterangan lanjut berkaitan kes itu namun, sumber yang rapat memberitahu bahawa Alves didakwa melakukan rogol. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya