Benarkan pengeluaran KWSP RM10,000, separuh - Utusan Malaysia

Benarkan pengeluaran KWSP RM10,000, separuh

BALJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kerajaan Pusat membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maksima RM10,000 atau 50 peratus ( yang mana lebih rendah) kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah tersebut.

Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh berkata, pengeluaran KWSP itu serba sedikit dapat membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang membebankan dan tidak stabil pada masa ini.

Ujar beliau, inisiatif itu juga sekali gus dapat meringankan beban rakyat yang kini berdepan kenaikan harga barang keperluan seperti telur, minyak, ayam dan banyak lagi.

”Realitinya masih ramai yang berharap pengeluaran KWSP dibenarkan lagi terutamanya kepada peminjam bank yang risau dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak menuntut
Kerajaan Pusat memberi pengecualian pengeluaran wang caruman KWSP kepada golongan yang memerlukannya susulan kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.

Menurut Baljit, pihaknya mencadangkan Kerajaan Pusat yang ketika ini juga dirujuk sebagai Kerajaan Perpaduan untuk berunding dengan KWSP bagi pengeluaran tersebut.

“Kerajaan boleh membuat pengeluaran KWSP itu secara bersyarat, sebagai contoh pencarum hanya boleh keluarkan RM10,000 maksimum dan bagi pencarum yang kurang daripada jumlah tersebut hanya dibenarkan 50 peratus daripada jumlah baki sedia ada,” ujarnya.

Tambahnya, permainan politik patut diberhentikan kerana piihan raya sudah selesai dan sekarang adalah masa untuk membantu rakyat.

“Gerakan yakin dan percaya inisiatif ini sangat membantu rakyat untuk dijadikan wang simpanan juga ekoran kemungkinan berlaku gelombang kedua varian baharu Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya