Belanja lebih RM8,000 beli tanglung ‘terangi’ Kampung Pauh

Belanja lebih RM8,000 beli tanglung ‘terangi’ Kampung Pauh

TAHUN Baharu Cina kali ini amat bermakna buat Sing Lim, 40, yang tidak melepaskan peluang menghiasi tanglung di sekitar Kampung Pauh Setia, Arau, semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kemeriahan Tahun Ba­haru Cina yang disambut masyarakat Tionghoa esok semakin dirasakan dengan pelbagai persiapan dibuat termasuk oleh penduduk Kampung Pauh Setia di sini, yang bergotong-royong memasang tanglung di sepanjang jalan di kawasan berkenaan.

Mereka tidak kisah mengeluarkan perbelanjaan lebih RM8,000 bagi memasang kira-kira 500 tanglung di sepanjang jalan lima perumahan tersebut sekali gus menerangi kawasan itu.

Selepas dua tahun agak suram ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cahaya tanglung yang kembali menerangi kawasan itu ibarat simbolik kepada kegembiraan masyarakat Cina kembali dapat berkumpul dan makan besar bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Sing Lim,40, berkata, pemasangan tanglung sempena Tahun Baharu Cina kali ini meriah selepas dua tahun tidak berbuat demikian akibat PKP.
Katanya, menjadi satu ke­puasan melihat kawasan tersebut diterangi cahaya tanglung selain sebagai simbolik menyam­but kepulangan perantau pulang beraya bersama keluarga.

Jelasnya, penduduk di sini sepakat berkongsi duit dan be­kerjasama memasang tanglung tersebut di tokong dan sepanjang jalan.

“Sudah dua tahun sambutan Tahun Baharu Cina agak suram namun tahun ini kembali meriah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Chin Boon,38, pula berkata, ramai penduduk bersama-sama membantu memasang tanglung di kawasan Kampung Pauh Setia.

Mereka mengambil masa ki­ra-kira seminggu bagi menyi­apkan proses pemasangan tang­lung berkenaan.

“Memang sudah agak lama tidak dapat melihat kemeriahan dan kegembiraan seperti ini sejak seluruh dunia termasuk dilanda Covid-19 dua tahun lalu.

“Tahun ini, kami raikan Tahun Baharu Cina dengan penuh meriah sambil diterangi cahaya tanglung yang menghiasi kawasan ini,” katanya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN