Ahmad Zahid kekal Presiden UMNO

Ahmad Zahid kekal Presiden UMNO

PEMERHATI duduk di lobi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bagi mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2022 semalam. – MINGGUAN/AFIQ RAZALI (
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul
kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.

Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila termasuk melibatkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan.

Dalam masa sama, ada kumpulan perwakilan membantah usul itu dan mahukan jawatan presiden dan timbalan dipertandingkan.

Beberapa perwakilan pula dilihat bangun selepas cadangan usul itu dibangkitkan sambil bertepuk tangan de­ngan suara laungan ‘setuju’ menyokong cadangan itu.

Jika usul itu ditolak, Ahmad Zahid bakal ditentang termasuk dari Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini membayangkan untuk bertanding jawatan Presiden.

Ahmad Zahid menyandang jawatan Presiden UMNO sejak pemilihan 2018 selepas mengambil jawatan itu daripada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berundur kerana mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Desakan pemilihan parti semakin kencang ekoran kekalahan BN dan UMNO sewaktu PRU15 sehingga menyaksikan parti itu hanya memenangi 30 kerusi.

Perkara itu mencetuskan desakan pihak tertentu agar Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden ke­rana perlu bertanggungjawab di samping tindakan melanggar prinsip ‘No Anwar, No DAP’ apabila bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Setiausaha Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Norizwarni Nordin berkata, keputusan terbaharu menyaksikan parti keramat itu akan terus ditolak rakyat.

Katanya, UMNO digambarkan tidak bersifat terbuka dalam mengamalkan demokrasi, sebaliknya menafikan hak ahli untuk memilih pemimpin tertinggi parti itu.

“Kita kena terima hakikat kena terima kenapa kita kalah…sebab kita tak tengok dan melihat aspek panda­ngan orang luar. Kita tak boleh ambil (keputusan) untuk ahli UMNO yang cuma ada kira-

kira tiga juta, sedang­kan berapa juta (pe­ngundi) di luar sana.

“Saya mengikuti twitter anak muda dan mereka sifatkan yang kita tak ada sifat terbuka dan (tidak) mendengar pandangan rakyat di luar sana. Saya percaya UMNO tidak lagi diterima kerana bagi mereka (anak muda) kita tak ada sifat terbuka… mereka bercakap pun tiada makna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN