8 lot kedai makan Astaka Stadium Bandaraya musnah terbakar - Utusan Malaysia

8 lot kedai makan Astaka Stadium Bandaraya musnah terbakar

SEBANYAK lapan lot gerai di Astaka Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang musnah hampir 50 peratus dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Orang ramai di sekitar kawasan Jalan Perak di sini, dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan lapan lot gerai di Astaka Stadium Bandaraya, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Antara lot gerai yang terlibat dalam kejadian kebakaran itu ialah kedai tomyam; kedai nasi campur; kedai minuman dengan anggaran kemusnahan kira-kira 50 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan anggota dari BBP Jalan Perak telah bergegas ke lokasi kejadian.

”Siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas dan saksi kejadian juga memaklumkan mereka ternampak berlaku litar pintas di salah sebuah lot kedai sebelum kebakaran berlaku.

”Bagaimanapun, pihak bomba akan meneruskan siasatan lanjut berkaitan punca sebenar kejadian ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dan kesemua gerai masih belum membuka perniagaan masing-masing ketika kejadian dan api berjaya memadamkan sepenuhnya pukul 7.52 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya