YBR, UKM tingkatkan kemahiran robotik pelajar luar bandar

YBR, UKM tingkatkan kemahiran robotik pelajar luar bandar

SYAIFUL Rizal (tiga dari kiri), Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Sistem merangkap pengurus program, Prof. Madya Dr. Nazrul Anuar dan Ketua Pegawai Pendidikan daerah Simunjan, Hasbi Ancheh bersama murid-murid di Sebuyau yang mendapat pendedahan STEM melalui modul khas dari UKM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membantu meningkatkan kemahiran teknologi pengaturcaraan robotik pelajar B40 melalui penganjuran sebuah program di Sarawak yang berlangsung bermula 5 Disember sehingga 26 Disember ini.

Program yang melibatkan tiga sesi itu berobjektif untuk membantu pelajar membina pemikiran logik dan sistematik dalam merancang dan melaksanakan program serta direka untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar melalui pra dan pasca intervensi melalui penggunaan pemprograman robotik.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, langkah itu sebagai usaha memacu negara ke arah modenisasi.

Katanya, ini kerana bidang inovasi harus diberi pendedahan berterusan demi kelangsungan tenaga mahir yang merupakan aset kepada sebuah negara maju.

“Diharapkan program ini memberi impak tinggi kepada para peserta terdiri daripada pelajar luar bandar dan kalangan B40 dalam mendapatkan pengalaman, menggunakan pengetahuan mengenai robotik dengan teknologi semasa serta membuka minda pelajar mengenai kepentingan dan mengembangkan minat dalam pembelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

“Program ini turut melibatkan 22 orang guru serta tiga fasilitator dari UKM yang akan membantu setiap peserta memahami, kreativiti, bekerjasama dan melatih pelajar untuk sentiasa berfikiran kritikal dalam membuat sesuatu keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seramai 128 orang murid luar bandar terlibat dalam program tersebut dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam kalangan pelajar luar bandar terutamanya bidang inovasi, sains dan teknologi serta menjayakan hasrat kerajaan untuk melihat STEM berkembang pesat di Malaysia.

Dengan menyertai program itu, ia secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar menghasilkan perisian pintar, menguji pengetahuan berhubung sistem robotik serta menonjolkan bakat. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.