Kes demam denggi meningkat 248.1% di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Kes demam denggi meningkat 248.1% di Pulau Pinang

AKTIVITI kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus dam penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes merupakan antara tindakan bagi mencegah kes demam denggi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan di Pulau Pinang sepanjang tahun ini setakat 17 Disember lalu meningkat sebanyak 248.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ma’arof Sudin berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 1,347 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan berlaku berbanding hanya 387 kes pada tahun lalu.

Bagaimanapun, tambah beliau, jumlah kes tahun ini adalah lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik Covid-19 iaitu penurunan sebanyak 66.8 peratus (4,061 kes) pada tahun 2019.

”Setakat 17 Disember lalu juga, sebanyak 124 wabak kes demam denggi dilaporkan di Pulau Pinang tahun ini, berbanding sembilan wabak pada tempoh sama pada 2021.

“Daripada 124 wabak denggi yang dilaporkan itu, 94 wabak telah tamat manakala 30 wabak masih aktif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu tambah beliau, aktiviti kawalan dan pencegahan telah dijalankan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Sebagai contoh, ujarnya, aktiviti kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan, dan pendidikan kesihatan dijalankan untuk setiap kejadian kes tunggal atau wabak.

Dalam pada itu, jelasnya, aktiviti pencegahan juga dipertingkatkan di lokaliti keutamaan dan berisiko di seluruh Pulau Pinang.

“Sehingga 17 Disember lalu juga, sebanyak 484,640 premis telah diperiksa dan 905 kompaun dengan nilai RM452,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang dijumpai terdapat pembiakan nyamuk Aedes.

”Pengkompaunan ini dibuat di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 (Akta 154),” katanya.

Tambah beliau, bagi memastikan demam denggi tidak terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk, seluruh lapisan masyarakat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab antaranya bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran masing-masing.

”Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang juga menyeru orang ramai bersama-sama mengambil tanggungjawab bagi memastikan persekitaran premis bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes supaya kes dan wabak denggi terus menurun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya