Covid-19: 2,375 kes positif; 11 kematian

Covid-19: 2,375 kes positif; 11 kematian

SEBANYAK enam kes kematian direkodkan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,375 kes berbanding kelmarin, 1,737 kes sekali gus diatasi 2,857 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 28,285 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,994,543 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 596 kes diikuti Kuala Lumpur (254), Kedah (238), Sarawak (176), Sabah (168), Melaka (160), Pulau Pinang (133), Kelantan (131), Perak (107) dan Pahang (107).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan (93), Putrajaya (75), Terengganu (73), Johor (43) dan Labuan (16), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lima kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 487 orang berbanding kelmarin, 582 orang, selain 91 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta 57 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 11 kes berbanding jumlah kelmarin, 17 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,695 kes dengan dua kes kematian dibawa ke hospital (BID) (7,810 kes terkumpul). – UTUSAN

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya