Syed Saddiq isytihar harta RM1.9 juta

Syed Saddiq isytihar harta RM1.9 juta

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman menunjukkan lampiran kertas menyatakan keseluruhan aset dimilikinya sehingga 30 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan aset miliknya bernilai RM1.9 juta setakat 30 September lalu.

Beliau berkata, pengisytiharan itu dibuat bagi membuktikan ketelusan harta dimilikinya.

“Bagi saya tindakan mengisytiharkan harta ini perlu, khususnya kepada mereka yang menyertai politik dan menjadi wakil rakyat. Ini bagi mengelakkan terdapatnya tindakan yang melangkaui sumber haram.

“Kita perlukan sebuah ketetapan sebegini sebagai membuktikan keikhlasan ahli politik itu berjuang. Pengisytiharan harta saya ini juga sekali gus membuktikan tiada sumber haram yang terpalit, mahupun memberikan keutamaan kepada kroni, saya tidak pernah melakukan hal itu,” katanya dalam sidang media di Pejabat Muda Parlimen Muar, di sini sebentar tadi.

Ditanya mengenai pengiytiharan harta membabitkan lima lagi calon Muda yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, tindakan sama akan menyusul oleh mereka.

“Kesemua calon Muda yang bertanding akan mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh terdekat. Justeru, saya mohon kesemua calon daripada semua parti juga melakukan hal sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.