'Shahidan lebih daripada layak tapi tempoh masanya telah berlalu' - Utusan Malaysia

‘Shahidan lebih daripada layak tapi tempoh masanya telah berlalu’

shahidan
SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengguguran nama penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim daripada senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan disebabkan beliau tidak layak bertanding.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu menjelaskan, pengganti beliau, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis dipilih selepas Barisan Nasional (BN) mengambil kira keperluan pengundi tempatan dan negeri Perlis.

“Beliau (Shahidan) lebih daripada layak tetapi tempoh masanya telah berlalu,” jelas Ahmad Zahid ketika ditemui wakil media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

AHMAD Zahid Hamidi hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Pengerusi BN itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO ditanya sama ada Shahidan tidak layak bertanding selepas BN mengumumkan senarai calon PRU15 malam tadi yang menyaksikan pengguguran namanya.

Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau merupakan salah seorang daripada lima nama besar yang digugurkan daripada senarai calon PRU15.

Mereka termasuk Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beberapa jam selepas BN mengumumkan senarai calon PRU15, Shahidan mengesahkan tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau meskipun perlu menggunakan tiket parti lain.

Beliau mengaku menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkan platform parti politik yang bakal diwakilinya.

Sementara itu, akhbar ini melaporkan, Perikatan Nasional (PN) Perlis mengesahkan memberi laluan kepada Shahidan mewakili gabungan tersebut di Parlimen Arau pada PRU15.

Pengerusinya, Mohd. Shukri Ramli berkata, laluan akan diberikan kepada Shahidan dan kini mereka hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Pas pusat yang sudah mengadakan perbincangan berhubung soal itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya