fbpx

Sabah umum cuti Hari Kelepasan Am 18, 19 November

PUSAT Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu.-UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengikut langkah Persekutuan untuk menetapkan 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu diambil bagi memudahkan rakyat di negeri in menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kerajaan negeri Sabah bersetuju menetapkan tarikh 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketetapan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa 18 dan 19 November adalah Hari Kelepasan Am.

Pengumuman cuti itu bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. –UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN