PRU15: Pengundi dinasihat keluar awal, elak tunggu petang - PM

PRU15: Pengundi dinasihat keluar awal, elak tunggu petang – PM

ISMAIL SABRI Yaakob selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di Bera, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pengundi supaya keluar awal dan jangan tunggu sehingga petang yang kebiasaannya berlaku hujan. 

Beliau berkata, memasuki musim tengkujuh, hujan kerap turun pada waktu petang bukan sahaja di Pantai Timur malah seluruh negara.

“Jangan tunggu saat-saat akhir keluar kerana kalau hujan mungkin ramai yang tak boleh keluar mengundi. 

“Jadi keluar awallah saya sendiri pun telah mengundi, yang penting dapat mengundi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di sini hari ini. 

Ismail Sabri yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong pukul 10.28 pagi ini.

Turut sama selesai membuang undi di saluran kedua itu, isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan mendapat laporan dari semasa ke semasa berhubung proses pengundian di seluruh negara yang bermula pukul 8 pagi hari ini.

“Setakat di sini (Bera) saya nampak proses pengundian berjalan baik dan lancar tidak ada aduan diterima. 

“Begitu juga membabitkan pengundi di saluran satu dan dua, pengundi veteran macam saya yang disediakan kerusi dan tempat duduk. 

“Saya percaya kalau proses ini berjalan baik seperti ini, saya yakin tidak akan timbul isu yang berkaitan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya