Penyokong PH berkumpul di Hotel Grand Dorsett 

Penyokong PH berkumpul di Hotel Grand Dorsett 

RATUSAN penyokong PH mula berkumpul di pusat media PH bagi keputusan PRU15 di Hotel Grand Dorsett, Suban, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 500 penyokong Pakatan Harapan (PH) berkumpul di luar dan lobi Hotel Grand Dorsett di sini yang menjadi pusat media PH bagi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Difahamkan, gabungan berkenaan secara tidak rasmi sedang mendahului pungutan kerusi Parlimen mengatasi parti-parti lain yang bertanding dalam PRU15 sekali gus berpeluang membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan proses pengiraan undi masih lagi berjalan melibatkan kebanyakan kawasan.

Antara pemimpin PH yang sudah tiba Hotel Grand Dorsett ialah Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut tiba, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya