Nik Muhammad Zawawi nafi agih 'dedak' PRU15

Nik Muhammad Zawawi nafi agih ‘dedak’ PRU15

KAMARUDIN Md. Nor (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada wakil petani sambil disaksikan oleh Nik Muhammad Zawawi (dua dari kanan) di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Calon Pas Parlimen Pasir Puteh dari parti Pas, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menyangkal dakwaan beliau memberi ‘dedak’ kepada pengundi sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Nik Muhammad Zawawi menegaskan sepanjang menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II beliau tidak pernah berkempen dan mengajak orang ramai khususnya petani mengundi PN pada PRU15 ini.

Menurutnya, kebanyakan program pertanian dan penyampaian bantuan yang dihadiri beliau telah dirancang di peringkat kementerian dan agensi pertanian sebelum parlimen dibubarkan dan diteruskan hingga sekarang.

“Saya mengambil pendekatan hanya membaca teks ucapan yang disediakan oleh agensi penganjur dan tidak akan lagi menyerahkan bantuan kepada penerima. 

“Tugasan itu akan diambil alih oleh pengarah agensi yang berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Semarak Tani anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Bandar Tok Janggut, di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi memberitahu, kesemua bantuan itu adalah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan dan tidak mempunyai kaitan dengan peruntukan parti.

Katanya, kenyataan yang telus perlu dimaklumkan agar tugasan rasmi ini tidak dipolitikkan.

“Hal ini kerana saya masih berpegang kepada dasar yang ditetapkan di peringkat kementerian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.