Muhyiddin hadir mesyuarat khas Bersatu - Utusan Malaysia

Muhyiddin hadir mesyuarat khas Bersatu

MUHYIDDIN Yassin tiba mempengerusikan mesyuarat Bersatu di sebuah hotel di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sebuah hotel di Glenmarie di sini, malam ini.

Beliau yang juga Presiden Bersatu tiba di hotel berkenaan, kira-kira pukul 8.50 malam.

Mesyuarat itu dipercayai bagi membincangkan soal pembentukan Kerajaan Persekutuan susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Penerangan, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan beliau telah mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa Ahli Dewan Rakyat lain untuk diumumkan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkeyakinan akan memperoleh bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kira-kira 10 kenderaan keluar dari pekarangan kediaman Muhyiddin, pukul 4.40 petang tadi.

Antara kenderaan itu membawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Ketua-ketua gabungan dan parti politik yang mempunyai kerusi yang banyak diberi tempoh sehingga pukul 2 petang esok supaya memaklumkan kepada Istana Negara bagi pembentukan kerajaan baharu.

Titah itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.