MTUC gesa warta segera cuti umum 18, 19 November

MTUC gesa Kementerian Sumber Manusia warta segera cuti umum 18, 19 November

KAMARUL BAHARIN MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk segera mengeluarkan pewartaan Hari Kelepasan Am pada 18 dan 19 November ini bagi menguatkuasakan cuti tersebut. 

Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, tindakan segera itu supaya syarikat tidak ada alasan untuk menafikan hak pekerja bercuti bagi persedian mengundi nanti. 

Katanya, kelewatan mengeluarkan pewartaan menyebabkan syarikat sukar untuk melaksanakan cuti umum dan mengganggu operasi syarikat.

“Terdapat syarikat yang cuba menangguhkan cuti umum pada hari mengundi dengan memberikan cuti ganti pada hari lain.

“MTUC mengecam tindakan Syarikat yang berbuat demikian dan menganggap pengurusan Syarikat tidak patriotik kepada Negara. 

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kepada pengurusan syarikat yang berbuat demikian termasuk pembatalan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Semalam, media melaporkan, kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. 

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berharap, cuti umum yang ditetapkan itu dapat digunakan sebaiknya oleh golongan pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab memilih kerajaan secara tenang.

Katanya, keputusan Perdana Menteri yang memahami kesukaran semua pekerja di Malaysia amat di hargai oleh MTUC. 

“Sejumlah 16 Juta pekerja akan membuang undi untuk memilih kerajaan dan kaum pekerja mengharapkan  agar isu-isu pekerja dan kebajikan pekerja dapat ditangani dengan berkesan.

“Golongan pekerja yang berjumlah melebihi 16 juta adalah penentu kepada parti politik yang akan membentuk kerajaan selepas 19 November ini. 

“Oleh itu, parti politik perlu mengutamakan kaum pekerja dan memberi Aku Janji kepada kaum pekerja bahawa kesejahteraan kehidupan kaum pekerja terus ditingkatkan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya