PRN Melaka, Sarawak antara agenda mesyuarat MPT Bersatu malam ini - Utusan Malaysia

PRN Melaka, Sarawak antara agenda mesyuarat MPT Bersatu malam ini

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini.

Ahli MPT Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, mesyuarat itu turut dijangka membincangkan persiapan menghadapi PRN Sarawak serta tindakan tatatertib yang akan dikemukakan Perikatan Nasional (PN).

“PRN Melaka memang akan dibincangkan malam ini, manakala PRN Sarawak mungkin dibincangkan sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan tatatertib (oleh PN) ini biasalah kerana ia memang urusan parti,” katanya ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat Bersatu di sini malam ini.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pemangku Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr. Radzi Jidin serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat tiba bagi menghadiri mesyuarat berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.

Sementara itu, Ahmad Faizal mengelak daripada menjawab soalan pemberita mengenai ketidakhadirannya dalam mesyuarat tergempar PN semalam.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu mempersoalkan sama ada mesyuarat berkenaan benar-benar diadakan.

“Semoga anda semua dirahmati Allah. Kita kalau mahukan perpaduan sesama Melayu dan Islam, buatlah betul-betul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini