Mahfuz berserah kepada Allah - Utusan Malaysia

Mahfuz berserah kepada Allah

MAHFUZ Omar dan Ruswati Jaafar tiba di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Hutan Kampung di Pokok Sena. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menunaikan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Hutan Kampung di sini.

Penyandang Parlimen Pokok Sena itu tiba di pekarangan kolej berkenaan pada 9.15 pagi bersama isteri, Datin Ruswati Jaafar, 62.

Tampil sedondon mengenakan busana berwarna kuning, kedua-duanya kelihatan ceria ketika beramah mesra dengan orang ramai di Pusat Pengundian itu.

Ketika ditemui, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau berserah kepada Tuhan untuk menentukan nasibnya dalam PRU15 itu kelak.

“Apa pun ini tak merisaukan saya kerana berasaskan pengalaman selama 22 bulan memerintah sebelum ini. Ini kerana hubungan kami dengan rakyat masih dirasai. Jadi saya tak risau. Apa pun saya berserah kepada Allah,” katanya di sini hari ini.

Mahfuz menghadapi pertembungan empat penjuru di Pokok Sena iaitu, Noraini Md. Salleh daripada Warisan; Datuk Ahmad Yahaya (Perikatan Nasional) dan Noran Zamini Jamaluddin (Barisan Nasional).

Beliau disifatkan calon ‘heavyweight’ apabila menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena pada 1999 sebelum memenangi semula kerusi itu atas tiket Pas pada PRU12 dan PRU13, sebelum mempertahankan kerusi itu buat kali keempat pada PRU14. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya