Peruntukan RM128 juta termasuk naik taraf Persiaran Mokhtar Dahari

Peruntukan RM128 juta termasuk naik taraf Persiaran Mokhtar Dahari

Persiaran Mokhtar Dahari
KESESAKAN teruk pada waktu puncak dan risiko kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari mencetuskan kebimbangan pemandu dan penduduk. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peruntukan sebanyak RM128 juta diperlukan bagi menaik taraf Persiaran Mokhtar Dahari termasuk di persimpangan Alam Budiman bagi mengatasi masalah kesesakan di sana.

Jumlah peruntukan itu turut melibatkan kerja-kerja penambahbaikan di empat persimpangan utama di bawah Rancangan Selangor Kedua (RSK2) sehingga 2030.

Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, bagaimanapun pada peringkat awal beliau akan menyenaraikan langkah segera yang akan dilakukan bagi mengatasi risiko kemalangan yang kerap berlaku di laluan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada Rabu ini saya akan ada pertemuan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan penduduk bagi membentangkan status perancangan bagi menaik taraf  jalan berkenaan.

“Kita sudah selesai kajian, sekarang dalam peringkat pelaksanaan yang akan memakan masa kerana perlu dilaksanakan secara berperingkat,” katanya ketika ditemui pada Bengkel Friends of Rivers (FOR) Selangor di sini, hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan risiko dan keperluan menaik taraf jalan di persimpangan Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari dibawa ke Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Ia susulan JKR memaklumkan kerja-kerja fizikal pembinaan lorong tambahan sepanjang 300 meter dari arah Puncak Alam menghala ke Shah Alam akan dimulakan pada pertengahan tahun hadapan.

Izham menambah, kerajaan negeri memahami kesulitan pengguna jalan raya dan akan terus meneliti langkah yang boleh dilaksanakan bagi menambah baik laluan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi papan tanda dan had kelajuan serta tidak memandu secara berbahaya bagi mengelakkan kemalangan.

“Peningkatan kapasiti jalan dan penambahbaikan persimpangan memerlukan perancangan serta pelaksanaan yang teliti bagi memastikan masalah kesesakan dapat ditangani,” jelasnya.

Sekurang-kurangnya tiga insiden kemalangan direkodkan pada bulan ini yang berlaku di Persiaran Mokhtar Dahari khususnya di persimpangan Alam Budiman termasuk kejadian membabitkan sebuah lori dipandu seorang lelaki penagih dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini