Johor yakin tiada masalah walaupun kerajaan berbeza

Johor yakin tiada masalah walaupun kerajaan berbeza

AZMI ROHANI melawat Bilik Media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Pentadbiran kerajaan negeri tidak berdepan masalah sekiranya kerajaan Persekutuan yang dibentuk nanti adalah daripada gabungan berbeza.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mampu bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, ini bukanlah perkara baharu malah  Johor pernah melalui tempoh pertukaran pentadbiran kerajaan pada PRU14.

“Apa pun keputusan yang keluar nanti, ini demokrasi, ini pilihan rakyat. Saya harap, rakyat sekarang sudah matang dan sudah biasa dengan perubahan pimpinan. Wakil rakyat yang dipilih, dia berkhidmat untuk rakyat, maknanya itu tanggungjawab dia. Kalau itu prinsip yang dipegang, ia tidak jadi masalah walaupun kerajaan negeri dan Persekutuan yang berbeza.

“Saya menjangkakan bahawa di negeri Johor, insya-Allah perkara ini (pentadbiran) berjalan seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor, hari ini.

Keputusan PRU15 semalam menyaksikan BN hanya memenangi sembilan kerusi di Johor selain langsung tidak memenangi kerusi di Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya