Kapal bawa dadah: Polis tahan dua individu termasuk pemilik kapal

Kapal bawa dadah: Polis tahan dua individu termasuk pemilik kapal

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan dua individu termasuk pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 bagi membantu siasatan berhubung rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia, minggu lalu.

Seorang lagi individu yang ditahan ialah ejen atau broker penjualan kapal berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan awal mendapati kapal itu dibeli pada April lalu untuk dijual semula selepas menjalani kerja-kerja baik pulih (refurbishment) bagi memperoleh keuntungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kapal MT Global 168 itu bagaimana dijual kepada Golden Dolphin Co. Ltd yang beralamat di Yangon, Myanmar, menerusi ejen atau broker pada 28 Jun lalu.

“Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 40 dan 44 tahun direman selama tujuh hari bermula 26 Oktober hingga 1 November ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, polis turut mengenal pasti tiga individu lain yang dipercayai masing-masing merupakan warganegara Singapura, Taiwan dan Myanmar untuk dikesan bagi membantu siasatan.

Jelasnya,siasatan akan diteruskan secara menyeluruh bagi memastikan setiap petunjuk diteliti, selain mengenal pasti semua pihak yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan bukti yang diperoleh serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia serta agensi penguatkuasaan berkaitan, khususnya dalam perkongsian maklumat risikan, pengesanan individu yang disyaki terlibat dan tindakan susulan mengikut bidang kuasa masing-masing,” jelasnya.

Katanya, JSJN turut menegaskan komitmennya untuk terus memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini