Jangan suka ajak orang lain kutuk seseorang - Sophia pertahan Siti Khadijah - Utusan Malaysia

Jangan suka ajak orang lain kutuk seseorang – Sophia pertahan Siti Khadijah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui sahabat karibnya, Siti Khadijah Halim ada meluahkan perasaan kecewa susulan namanya menjadi bahan kecaman warganet yang dikaitkan dengan beberapa isu tular.

Mempertahankan sahabatnya, Sophia, 33, berkata Siti merupakan seorang yang sangat baik, ceria selain setia memberikan semangat ketika dirinya berada dalam kesusahan.

“Saya hanya mahu cakap benda positif sahaja. Abaikan para pembenci (haters). Lumrah sebagai anak seni, orang akan sentiasa bercakap fasal kita, sama ada baik atau buruk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap Siti terus kuat. Waktu saya dalam kesusahan dan berada dalam keadaan ‘down’ sebelum ini, dialah yang sentiasa ada di sisi untuk menaikkan semula semangat saya.

“Jadi, sekarang giliran saya pula untuk melakukan perkara yang sama buatnya,” katanya ketika ditemui di sesi sidang media Bayangan Dendam, di sini, pada Selasa.

Tambah Sophia, dia merasai apa yang dilalui Siti Khadijah selain percaya kecaman yang diterima membuatnya menjadi lebih kuat di masa hadapan.

“Saya pun pernah berada di situasi dikecam, malah selalu dikecam. Tapi kecaman tu yang buat saya lebih kuat.

“Jadi saya percaya perkara ini juga akan buat Siti lebih kuat untuk masa depan dia. Sekarang ni dia cuma perlu fokus pada kerja dia saja,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 itu turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menuliskan komen di media sosial.

“Kita artis pun manusia juga, memang melakukan kesalahan. Tetapi ada segelintir netizen yang memberi komen seolah-olah mereka terlalu suci. Saya rasa mereka patut muhasabah diri balik.

“Mungkin mereka juga ada masa lampau yang tidak indah. Jadi, janganlah suka-suka hati mengajak orang ramai memburukkan seseorang.

“Kalau betul ikhlas mahu memberi nasihat, cakaplah benda yang baik. Jika tiada perkara baik untuk diperkatakan.

“Kalau betul ikhlas mahu beri nasihat, cakaplah benda yang baik dan jangan ajak semua orang untuk mengutuk kerana itu adalah buli siber,” katanya.

Terdahulu, Siti Khadijah Halim mencuri tumpuan apabila dikaitkan dengan beberapa spekulasi membabitkan keakrabannya dengan rakan pelakon, Amir Ahnaf selain pernah didakwa sombong.

Bagaimanapun, ramai yang tampil mempertahankan Siti Khadijah termasuklah rakan artis yang menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang ceria.

Dalam perkembangan lain, Sophia membintangi drama Bayangan Dendam menerusi karakter Melissa. Drama bersiri 12 episod ini mengisahkan persahabatan, pengkhianatan dan satu kematian mengejut turut mengaitkan Ariana dan Farhan ditayangkan menerusi platform Viu pada Khamis dan Jumaat.

Turut sama menjayakan naskhah itu ialah Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin dan Mia Nasir. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini