GRS-BN umum 24 calon bertanding di Sabah, Bung Moktar kekal di Kinabatangan - Utusan Malaysia

GRS-BN umum 24 calon bertanding di Sabah, Bung Moktar kekal di Kinabatangan

BUNG Moktar Radin (lima kanan) bersama Hajiji Noor (enam kiri) semasa pengumuman calon GRS-BN di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertikaian mengenai agihan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akhirnya berakhir dengan pengumuman calon yang dilakukan hari ini.

GRS dan BN akan bertanding 24 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan 11 calon mewakili BN.

Sementara itu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan 13 calon yang akan bertanding pada PRU15.

Namun, calon bagi kerusi Parlimen Beluran yang disandang Datuk Seri Ronald Kiandee masih belum diumumkan susulan perbincangan bagi kerusi tersebut masih dalam perbincangan.

Berikut adalah senarai calon GRS dan BN Sabah yang akan bertanding pada PRU15.

Calon GRS-BN Sabah

P.167 Kudat – Datuk Ruddy Awah (GRS)

P.168 Kota Marudu – Datuk Seri Maximus Ongkili (GRS)

P.169 Kota Belud – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (BN)

P.170 Tuaran – Datuk Joniston Bangkuai (GRS)

P.171 Sepanggar – Datuk Yakub Khan (BN)

P.172 Kota Kinabalu – Yee Tsai Yiew (GRS)

P.173 Putatan – Datuk Shahelmey Yahya (BN)

P.174 Penampang – Kenny Chua (GRS)

P.175 Papar – Datuk Armizan Mohd Ali (GRS)

P.176 Kimanis – Datuk Mohamad Alamin (BN)

P.177 Beaufort – Siti Aminah Aching (BN)

P.178 Sipitang – Datuk Matbali Musah (GRS)

P.179 Ranau – Datuk Jonathan Yasin (GRS)

P.180 Keningau – Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (GRS)

P.181 Tenom – Jamawi Jaafar (BN)

P.182 Pensiangan – Datuk Arthur Joseph Kurup (BN)

P.184 Libaran – Suhaimi Nasir (BN)

P.185 Batu Sapi – Mohd Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS)

P.186 Sandakan – Lau Chi Keong @ Thomas Lau (GRS)

P.187 Kinabatangan – Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN)

P.188 Lahad Datu – Maizatul Akmam Alawi (BN)

P.189 Semporna –  Nixon Abdul Habi (GRS)

P.190 Tawau – Lo Su Fui (GRS)

P.191 Kalabakan – Aslan Fadli Samsul Alang (BN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.