Dua ketua Wanita UMNO digantung keahlian

Dua ketua Wanita UMNO digantung keahlian

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua Ketua Wanita UMNO iaitu bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Maran, Datin Seri Fatimah Kassim digantung keahlian sementara kerana menyokong calon parti lawan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kedua-dua individu tersebut digantung semua jawatan di peringkat cawangan dan bahagian, keputusan itu dibuat selaras dengan Fasal 10.14 perlembagaan parti.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana terdapat aduan sahih berhubung tindakan dua individu tersebut yang cenderung kepada menyokong calon daripada pihak lawan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Butiran lanjut dan pertuduhan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua ketua wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin dalam waktu yang terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau dan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Mutalib digugurkan daripada mewakili BN untuk PRU15.

Tempat bagi kedua-dua tokoh UMNO tersebut digantikan oleh Datuk Rozabil Abd. Rahman untuk mengekalkan kemenangan BN di Arau dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin pula di Maran.

Sehubungan itu, Shahidan dan Ismail bertindak menggunakan tiket daripada Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di PRU15 bagi kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

Ahmad berkata, UMNO sentiasa memantau ahli-ahli parti sepanjang tempoh berkempen PRU-15.

“UMNO ingin menegaskan pemantauan berterusan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya