Covid-19: Kes positif terus meningkat

Covid-19: Kes positif terus meningkat

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,457 kes berbanding kelmarin, 3,304 kes sekali gus diatasi 3,736 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 44,985 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,960,179 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,187 kes diikuti Kuala Lumpur (322), Sabah (266), Melaka (262), Pulau Pinang (216), Kedah (171), Pahang (159), Sarawak (158), Negeri Sembilan (146), Perak (139), Putrajaya (131) dan Kelantan (124).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Terengganu (77), Johor (79) dan Labuan (16), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, empat kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 686 orang berbanding kelmarin, 744 orang; kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan 89 kes dan mereka memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 46 kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,583 kes, manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya