Asyraf Wajdi diminta tidak menegakkan benang yang basah - Utusan Malaysia

Asyraf Wajdi diminta tidak menegakkan benang yang basah

NEOW Choo Seong dalam rakaman video mengulas desakan oleh Asyraf Wajdi Dusuki supaya Presiden MCA meletakkan jawatan. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki diminta tidak menegakkan benang yang basah apabila meminta Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meletak jawatan susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN di Parlimen Taiping pada PRU15, Neow Choo Seong berkata, ini kerana Asyraf Wajdi juga kalah di Parlimen Gerik yang merupakan kubu kuat UMNO dan BN.

Menurutnya, adalah tidak wajar Asyraf Wajdi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian dan kesepaduan BN.

“Kenyataan Asyraf yang menggesa Ka Siong berundur dan bermain dengan api adalah tidak wajar. Kepada Ketua Pemuda UMNO pasti anda sedar anda turut kalah PRU15 di kawasan Gerik yang merupakan kubu UMNO selama ini.

“Keduanya, anda selaku Ketua Pemuda seharusnya tumpu kepada kerja memperkasa jentera pemuda dan menyokong segala aspirasi dan usaha BN untuk menarik ramai sokongan daripada anak muda.

“Sekiranya kita hormati semangat BN ini, eloklah jangan menegakkan benang yang basah atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian dan kesepaduan BN. Sekiranya ada sebarang isu, majlis tertinggi BN akan membincangkannya,” katanya dalam satu rakaman video.

Beliau mengulas kenyataan Asyraf Wajdi supaya Ka Siong mengundur diri daripada jawatannya susulan kekalahan teruk BN pada PRU15.

Asyraf Wajdi berkata, MCA bertanding 44 kerusi namun hanya menang dua kerusi dan kedua-dua kerusi tersebut adalah di kawasan majoriti Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya