Anwar jawab panggilan Erdogan dalam sidang akhbar - Utusan Malaysia

Anwar jawab panggilan Erdogan dalam sidang akhbar

Anwar Ibrahim menerima panggilan daripada Presiden Turki ketika sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Kelab Golf Sg Long, Kajang, semalam .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 ‘terganggu’ seketika kerana beliau perlu menjawab panggilan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Perbualan kedua-dua pemipin itu didengari semua pihak yang hadir sidang akhbar berkenaan yang diadakan di Sungai Long Club House, Kajang, Selangor.

Istiadat angkat sumpah Anwar selaku Perdana Menteri menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 kepada Anwar, 75, di Istana Negara.

Turut berkenan menyaksikan istiadat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya