Akauntan disamun dua lelaki ketika perkhidmatan LRT tergendala

Akauntan disamun dua lelaki ketika perkhidmatan LRT tergendala

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang akauntan wanita menggunakan laluan alternatif selepas Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen LRT Sri Rampai tergendala semalam mengundang padah apabila dia menjadi mangsa samun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun berjalan seorang diri dari Stesen LRT Sri Rampai menuju jalan Simpang Desa Putra dekat sini selepas perkhidmatan LRT dihentikan. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, mangsa kemudiannya didatangi sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba.

“Salah seorang daripada suspek kemudian meragut beg mangsa yang mengandungi komputer riba dan sebuah telefon bimbit. 

“Susulan kejadian itu, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ashari, keterangan mangsa akan diambil petang ini oleh pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut. 

“Satu laporan dibuat oleh mangsa di balai polis Wangsa Maju. Siasatan awal mendapati, mangsa tidak dapat mengecam jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh dua suspek tersebut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya