Ahli Parlimen BN berkumpul di Menara Dato' Onn - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen BN berkumpul di Menara Dato’ Onn

JOHARI Abdul Ghani antara Ahli Parlimen BN yang tiba awal di Menara Dato' Onn.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mula tiba di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn pada pukul 10 pagi ini.

Paling awal tiba ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada pukul 9.50 pagi.

Ini diikuti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut kelihatan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah.

Ahli Parlimen dari Sabah turut hadir iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga dipercayai sudah tiba pagi ini.

Pertemuan ini dijangka memuktamadkan pendirian ahli-ahli Parlimen BN mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya