Abdul Rahman ditentang orang kuat DAP, PN - Utusan Malaysia

Abdul Rahman ditentang orang kuat DAP, PN

ABDUL RAHMAN Mohamad (dua dari kanan) bersama pencabarnya, Asiatun Abu Bakar (kanan), Mohamad Shahrum Osman (kiri) dan Tengku Zulpuri Raja Puji (dua dari kiri) bagi kerusi Parlimen Lipis selepas penamaan calon PRU15 di Kuala Lipis di Lipis, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Penyandang kerusi Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad daripada Barisan Nasional (BN) dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Abdul Rahman dicabar oleh calon PH, Tengku Zulpuri Raja Puji; Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman (PN) dan Aishaton Abu Bakar (Pejuang).

Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, wujud perubahan dalam landskap politik Parlimen Lipis apabila dua orang calon daripada pembangkang iaitu Tengku Zulpuri yang pernah menjadi Ahli Parlimen Raub pada PRU14 manakala Mohamad Shahrum pula pernah memenangi kerusi Parlimen Lipis pada PRU11 dan PRU12.

“Bagaimanapun, kita menerima secara terbuka sesiapa sahaja yang ingin bertanding di Lipis berasaskan sistem demokrasi di negara ini.

“Melihat senario ini, saya dan jentera UMNO Bahagian Lipis sudah bersiap siaga mengatur strategi untuk berdepan dengan calon lain pada PRU kali ini,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, beliau yakin pengundi Melayu dan kaum lain tetap setia dan tidak berganjak untuk memberi kemenangan kepada calon Parlimen dan DUN BN.

“Saya tidak bimbang malah yakin pengundi dalam kalangan komuniti Cina akan berpihak kepada calon BN manakala pengundi juga tidak akan menyebelahi calon PN yang terdiri daripada tokoh terkenal.

Sementara itu wakil BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Ho Fong Mee akan ditentang Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Aishaton Abu Bakar (Pejuang) dan Rashid Mohmad. (PH).

Bagi DUN Padang Tengku, penyandangnya, Datuk Mustapa Long daripada BN akan berdepan empat penjuru dengan Mohd. Rostam Mustapa (Pejuang), Rosdi Yusof (PH), Muhamad Khaider Kamil (PN).

Di DUN Benta pula, penyandang yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak menerima tentangan Rizal Jamin (PH) dan Embong Nor Alias Ibrahim (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.