PRU15: Pelajar IPT dapat cuti 5 hari, balik mengundi

PRU15: Pelajar IPT dapat cuti 5 hari, balik mengundi

SEMUA IPT perlu memberi pelepasan kepada pelajar mereka pada 17 hingga 21 November ini untuk pulang mengundi pada PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap institut pengajian tinggi (IPT) perlu memberi pelepasan kepada pelajar mereka pada 17 hingga 21 November ini untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju supaya semua IPT membenarkan pelajar mereka untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing selama lima hari.

Menurut beliau, tempoh tersebut cukup untuk memberi ruang kepada pelajar untuk pulang mengundi, sehubungan itu semua aktiviti pembelajaran perlu ditangguhkan.

“Sepertimana sedia maklum, PRU15 telah ditetapkan pada 19 November ini. Dalam hubungan ini, berlandaskan semangat dan penguatkuasaan Undi18, pihak KPT bersetuju supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.

“Tarikh pelepasan adalah dari 17 hingga 21 November ini bagi memberi tempoh yang cukup kepada pelajar untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke atau dari lokasi mengundi. Semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain,” katanya di dalam satu surat yang tersebar di laman media sosial.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, rakyat Malaysia akan mengundi untuk PRU15 pada 19 November ini dan ia melibatkan lebih 21 juta pengundi, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada pilihan raya umum kali ini, melibatkan kali pertama undi 18 tahun dan pengundi baharu automatik.

Sementara itu, Husaini ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan bahawa surat yang tersebar itu benar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya